MINTA DO'ANYA BIAR LANGGENG ~Mi*El~


Home » » HAKIKAT JIWA. (by DrJaffry Hassan)

HAKIKAT JIWA. (by DrJaffry Hassan)

Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuuh.
Ilmu pengetahuan mengakui bahawa dalam diri manusia itu terdapat satu bahan bukan material yang disebut jiwa. Dengan adanya jiwa dalam diri manusia, ilmu pengetahuan telah menyediakan cabang khusus yang dikenali sebagai ilmu jiwa atau psikologi. Persoalannya, adakah jiwa itu suatu bahan, yang merupakan suatu unsur asal atau suatu hakikat daripada yang wujud dan berdiri sendiri ataupun adakah ianya merupakan fungsi atau aktiviti fisiologikal semata-mata?

Sebenarnya sains tidak mampu mengungkap hakikat jiwa kerana sains sering membatasi diri hanya sebagai sebuah proses jelajah atas sesuatu yang bersifat material yang boleh dirasa dan dibuat ujikaji. Sedangkan jiwa adalah perkara yang bersifat material. Seorang pakar ahli jiwa telah membuat ujikaji pada tahun 1920, pernah mencuba meneliti hakikat jiwa di maksimal universiti liepzig. Malangnya, pendekatan dan penggunaan saintifik yang dilakukan tidak mampu membuktikan apa-apa mengenai hakikat jiwa. Ia hanya dapat menemukan gejala jiwa adalah berupa perilaku, kelakuan manusia yang merupakan penyataan daripada jiwa itu.

Di dalam kehalusan konsep kemurnian islam mempunyai empat (4) istilah yang digunakan apabila memperkatakan mengenai jiwa, iaitu HATI, ROH, NAFSU dan AKAL Imam Al-Ghazali telah memberikan huraian mengenai empat perkara tersebut seperti berikut:

1) HATI mempunyai dua pengertian, iaitu segumpal daging sanubari yang terletak di sebelah kiri dada, bersifat material. kedua bersifat bukan material adalah rasa rohaniah yang halus yang berkaitan dengan jasmani.

2) ROH juga mempunyai dua makna, iaitu jisim atau jasad halus yang berpunca daripada rongga hati jasmani. Ia beredar ke seluruh bahagian tubuh dengan perantara urat nadi, beredar ke aliran darah tubuh. kedua sesuatu yang halus yang tahu dan mengerti.

3) NAFSU mempunyai dua makna, iaitu cakupan makna daripada kekuatan marah dan syahwat yang bersifat material dan sesuatu yang halus yang merupakan hakikat manusia yang bersifat bukan material.

4) AKAL mempunyai dua makna juga, iaitu ilmu mengenai hakikat segala sesuatu, yang merupakan sifat daripada ilmu yang bertempat dalam hati dan sesuatu yang halus yang merupakan hakikat manusia yang bersifat bukan material.

Merujuk kepada empat istilah yang dibawakan oleh Al-Ghazali di atas tadi, dapat disimpulkan jiwa dalam konteks keislaman merujuk kepada pengertian mengenai

PERTAMA, makna material yang berti hati jasmani, roh jasmani, nafsu syahwat jasmani dan ilmu pengetahuan.

KEDUA, sesuatu yang halus yang tahu dan mengerti. Inilah yang dimaksudkan dengan penjelasan Allah dalam surah Al-Israk ayat 85 yang bermaksud,

"KATAKANLAH ROH ITU ADALAH URUSAN TUHANMU".
Semoga Bermanfaat.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuuh



Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di BLOG*ISLAM

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

0 komentar:

Poskan Komentar

 
Support : KANG WEB
Copyright © 2013. BLOG*ISLAM - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger